11 Oktober 2014 - 07:57
Pemimpin ISIS temui ajal

Beberapa sumber dari Kobani memaklumkan kemungkinan besar pemimpin ISIS terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Kurd.


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Surat khabar "Sout Kurdistan" mengumumkan Abu Bakar al-Baghdadi mungkin terbunuh di Kobani, wilayah Ain al-Arab.

Menurut sumber berita ini, pejuang Kurd menyimpan jasad seorang pengganas yang mirip dengan pemimpin ISIS itu dan siasatan sedang dijalankan samada ia benar-benar al-Baghdadi.

Beberapa akaun jaringan sosial turut menyebarkan gambar tersebut dan yakin bahawa jasad itu berkaitan dengan al-Baghdadi.